Sunday, July 30, 2006

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

sukweb.selangor.gov.my/mufti/download/20%2520prosiding.pdf

prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 208
 
SESI IV :
ISU- ISU ALAM SEKITAR DAN
KEMASYARAKATAN DALAM
KERTAS KERJA 8 : ÒPEMELIHARAAN ALAM SEKITAR - SATU TANGGUNGJAWAB AGAMAÓ OLEH : IR. DR. SHAMSUDIN BIN HJ. ABD. LATIF TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN), JABATAN AGAMA ALAM SEKITAR [JAS] SEBUAH EKONOMI MAJU  
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 209
 
 
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 210
 
 
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan pengurusan alam sekitar secara bijak di
dalam kelestarian pembangunan negara menurut tuntutan agama.
Kebimbangan masa kini meliputi isu pencemaran ( udara dan air), penipisan
lapisan ozon, bahan kimia dan toksik serta ancaman kepada kepelbagaian
biologi ( biodiversity). Pencemaran udara terhasil daripada pembakaran
bahan api fossil termasuklah karbon monoksida, ozon, sulfur dioksida dan
partikulat yang menjejaskan kesihatan manusia. Pencemaran air terhasil
daripada pelbagai aktiviti manusia termasuk pelepasan dari industri yang
mengandungi bahan cemar seperti bahan organik, bahan kimia dan juga
pencemaran fizikal. Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2003 menyatakan
Malaysia turut mengalami kemerosotan kualiti alam sekitar di mana 51%
sungai di Malaysia dikategorikan sebagai tercemar dan sedikit tercemar
berpunca daripada pelepasan kumbahan, effluen industri dan aktiviti
pembangunan.
Penipisan lapisan ozon telah menyebabkan pemanasan global ( global
warming) dan membawa implikasi negatif ke atas tumbuh- tumbuhan dan
kehidupan laut. Pelepasan bahan kimia dan buangan toksik seperti racun
perosak DDT, polychlorinated biphenlys ( PCBs) dan endocrine disruptors ke
alam sekitar dikenalpasti boleh diserap oleh tubuh dan terkumpul di dalam
tisu lemak ( fatty tissues) manusia. Ini menyebabkan gangguan kepada fungsi
hormon, kanser dan kecacatan kelahiran. Ancaman terhadap kepelbagaian
biologi ( biodiversity) boleh menjejaskan ekosistem ( contoh - pembersihan air
yang berlaku apabila air larian mengalir melalui ekosistem berkaitan dan
tanah lembap).
Penulis turut mengenengahkan keperluan manusia memelihara alam sekitar
dari perspektif agama. Perbincangan berkisar tentang pandangan Islam
terhadap alam semesta; konsep Islam tentang pembangunan; konsep
manusia sebagai khalifah; akauntabiliti terhadap Allah S. W. T. dan sesama
manusia; serta konsep pemuliharaan alam sekitar sebagai satu ibadah.
Secara umumnya setiap orang adalah bertanggungjawab ke atas semua
tindak tanduknya termasuklah dalam aspek pemuliharaan alam sekitar dan ia
akan dihisab di atas apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya.
 
 
204 
jabatan mufti negeri selangor
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 211
 
KERTAS KERJA  
205 1.
PENDAHULUAN
Salah satu cabaran paling getir yang dihadapi manusia sekarang ialah
menguruskan alam sekitar secara bijak. Natijah daripada pengurusan yang
tidak bijak ialah tercetusnya krisis alam sekitar yang mengancam kehidupan
manusia itu sendiri di atas planet ini. Tidak pernah terjadi ancaman itu
sebegini meluas jangkauannya dan berpanjangan kesannya seperti ancaman
yang dihadapi pada masa kini. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed juga mengenalpasti
cabaran terhadap alam sekitar sebagai salah satu cabaran yang perlu
ditangani oleh Malaysia dalam perjalanannya ke destinasi menjadi negara
maju pada 2020. Kalaulah alam sekitar itu penting untuk kelestarian
pembangunan negara dan kelangsungan kehidupan manusia di planet ini,
kenapakah kita masih acuh tak acuh memelihara dan memuliharanya?.
Kenapakah amaran daripada pakar- pakar tidak diindah oleh kita semua?.
Dalam kemelut yang bermacam ragam yang dihadapi dunia sekarang, ramai
sarjana barat dan timur menganjurkan manusia kembali semula kepada
agama untuk mendapat petunjuk untuk mengatasi kemelut ini. Apakah ada
apa- apa peranan dapat dimainkan oleh agama dalam hal ini dan adakh
agama dapat mengemukakan pedoman dan tuntunan yang boleh menyuluhi
kegelapan yang dihadapi oleh manusia? Kertas ini akan cuba mengupas
soalan penting ini.
2.
KRISIS ALAM SEKITAR - SEPINTAS LALU
2.1
Pencemaran
Pencemaran udara termasuk carbon monoksida, ozon, sulfur
dioksida, oksida- oksida nitrogen dan partikulat. Pencemarpencemar ini secara asasnya terhasil daripada pembakaran
bahanapi fossil, terutamanya oleh loji janakuasa yang
menggunakan arangbatu dan kenderaan yang menggunakan
petrol. Oksida- oksida nitrogen boleh menyebabkan terbentuknya
ozon di paras bumi ( ground level ozone). Partikulat pula dihasilkan
dari pelbagai punca termasuk kenderaan disel. Udara di bandarbandar biasanya mengandungi campuran pelbagai pencemar
yang disebut di atas dan boleh mendatangkan pelbagai kesan
negatif kepada manusia. Pendedahan kepada karbon monoksida
melambatkan tindakbalas dan menyebabkan rasa mengantuk dan
nitrogen dioksida boleh memburukkan lagi penyakit lelah ( asthma)
dan mengurangkan fungsi paru- paru ( lung function). Ozon juga
menyebabkan inflamasi paru- paru ( lung inflammation) dan
mengurangkan fungsi paru- paru dan keupayaan bergerak
jabatan mufti negeri selangor
 
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 212
 
 
( exercise capacity). Organisasi Kesihatan Dunia ( World Health
Organization) melaporkan bahawa tiga ( 3) juta orang mati setiap
tahun disebabkan pencemaran udara. Ini adalah tiga ( 3) kali lebih
tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan
kenderaan.
Pencemaran air pula disebabkan oleh pelbagai aktiviti manusia
termasuk pelepasan dari industri yang mengandungi pelbagai
jenis pencemar termasuk bahan organik, bahan kimia dan juga
pencemar fizikal. Di antara pencemar ini yang berbahaya ialah
logam- logam berat dan pelbagai non- biodegradable compounds
yang sebahagiannya mempunyai kesan ketara ke atas kesihatan
manusia di dalam jangkamasa panjang.
Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah merakamkan episod
malapetaka alam sekitar di merata dunia yang sebahagian
daripadanya diringkaskan di Jadual 1. Malaysia juga tidak terlepas
daripada berkongsi pengalaman mengalami kemerosotan kualiti
alam sekitar, walaupun dalam skala yang lebih rendah. Laporan
Kualiti Alam Sekeliling 2003 melaporkan kualiti udara di bandarbandar besar dan beberapa lokasi di Malaysia telah dicemari oleh
pelepasan dari kenderaan dan juga industri. 51% daripada sungaisungai di Malaysia juga mengalami pencemaran dan
dikategorikan sebagai tercemar dan sedikit tercemar, terutamanya
disebabkan oleh pelepasan kumbahan, effluen industri dan aktiviti
pembangunan tanah.
 
206 
jabatan mufti negeri selangor
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 213
 
 
Jadual 1: Episod alam sekitar di serata dunia
 
207 jabatan mufti negeri selangor
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 214
 
 
2.2
Penipisan Lapisan Ozon
Allah S. W. T. telah menyediakan lapisan gas ( yang dikenali sebagai
lapisan ozon) di ketinggian lebih kurang 20 - 40 km dari paras bumi
berfungsi sebagai penghalang kepada sinaran ultra ungu ( UV)
daripada sampai ke permukaan bumi. UV adalah sinaran berkuasa
tinggi yang merbahaya kepada manusia dan ekosistem. Namun
begitu lapisan ozon ini telah mengalami kemusnahan dan menjadi
nipis disebabkan oleh penggunaan bahan chlorofluoro carbon
( CFC). Fenomena penipisan lapisan ozon ini dikenali umum
sebagai fenomena Ô lubang ozon Õ ( ozone hole).
CFC adalah kimia buatan manusia yang mempunyai pelbagai
kegunaan oleh industri dan komersial. Penipisan lapisan ozon
memberi implikasi ketara ke atas tumbuh- tumbuhan dan bendabenda bernyawa. Sinaran UV- B boleh menyebabkan penyakit
mata ( cataract, snow blindness), kanser kulit, mempengaruhi
sistem kelalian ( immune system) dan kemusnahan bahan genetik
DNA. Walaupun kesan ke atas tumbuhan dan binatang kurang
difahami daripada kesannya ke atas manusia, kajian menunjukkan
tumbuhan mengalami kesan negatif daripada snaran UV. Hasil
tanaman akan berkurangan dan ini bermakna penghasilan
makanan yang lebih rendah dari setiap unit keluasan tanah.
Kehidupan laut juga terjejas apabila sinaran UV mendatangkan
kemudaratan ke atas plankton tumbuhan dan binatang. Pelepasan
CFC juga menyebabkan pemanasan global ( global warming)
melalui dua cara; iaitu pertamanya sebagai gas rumah hijau yang
menyerap haba. Suhu bumi akan meningkat yang mengakibatkan
perubahan iklim. Keduanya, pemusnahan ozon menyebabkan
lebih banyak sinaran matahari masuk dan memanaskan atmosfera
rendah. Pemanasan global boleh menyebabkan kawasankawasan rendah dan juga negara- negara yang terletak di paras
rendah ditenggelami air akibat peningkatan paras laut.
Peningkatan sinaran UV di permukaan bumi juga mengakibatkan
pencemaran udara menjadi lebih buruk. Interaksi pelepasan dari
punca bergerak dan industri menyediakan keadaan yang kondusif
bagi penghasilan ozon, di permukaan bumi yang akibat
peningkatan paras laut. Peningkatan sinaran UV di permukaan
bumi juga mengakibatkan pencemaran udara menjadi lebih buruk.
Interaksi pelepasan dari punca bergerak dan industri
menyediakan keadaan yang kondusif bagi penghasilan ozon, di
permukaan bumi yang mana menjadi bahan toksik kepada
manusia dan tumbuhan. Sinaran UV juga menyebabkan
kerosakan dan kepada polimer yang digunakan di dalam
bangunan, cat, bahan pembungkusan ( packaging) dan lain- lain.
jabatan mufti negeri selangor
208  
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 215
 
 
 
2.3
Bahan Kimia dan Buangan Toksik
Salah satu ciri kehidupan moden ialah kebergantungan manusia
kepada bahan kimia. Setiap tahun beribu- ribu bahan kimia baru
dihasilkan untuk pelbagai kegunaan. Terdapat banyak peringkat
bahan- bahan kimia masuk ke alam sekitar seperti:
( i)
Ada bahan kimia yang memang cara penggunaannya memerlukan produk tersebut sepenuhnya dimasukkan ke alam sekitar seperti racun makhluk perosak dan baja.

( ii)
Semasa penggunaannya, sebahagian bahan akan dilepaskan ke alam sekitar seperti penguapan bahan pelarut dari cat dan gam ( adhesives).
( iii)
Pelupusan sisa buangan hasil dari proses industri.
( iv)
Pelepasan pelarut terpakai, cecair pencuci ( cleaning fluid), Ò lubricants Ó yang mungkin mengandungi pencemarpencemar lain.
( v)
Pelupusan bahan kimia dari drum kosong.
( vi)
Kebocoran dari tangki penstoran.
( vii)
Tumpahan semasa kemalangan industri.
( viii)
Tumpahan semasa kemalangan pengangkutan.
Akibat buruk daripada pengurusan buangan toksik di masa
lampau yang tidak teratur masih menghantui masyarakat dunia.
Penggunaan racun makhluk perosak DDT secara tidak terkawal
telah dikenalpasti menyebabkan bahan ini terkumpul di dalam tisu
lemak ( fatty tissues) manusia dan juga dalam kehidupan lain yang
tinggal jauh dari tempat penggunaan bahan tersebut. Perkara ini
telah dibangkitkan untuk perhatian masyarakat dunia pertama kali
pada 1962 oleh Rachel Carson dalam bukunya Silent Spring.
Pelepasan effluen mengandungi Ò methyl mercury Ó oleh sebuah
kilang kimia di Teluk Minamata, Jepun telah menyebabkan
beratus- ratus kes lumpuh dan kelumpuhan deria ( sensory loss).
Ò Inorganic mercury Ó ini telah mengalami proses Ò bioaccumulation Ó
di dalam hidupan laut ( shellfish) yang menjadi sumber protin
penduduk di sekitar teluk tersebut.
 
209 jabatan mufti negeri selangor
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 216
 
 
Polychlorinated biphenyls ( PCBs) juga, seperti DDT telah banyak
digunakan di sekitar tahun 1960 - 1970 untuk pelbagai tujuan
seperti Ò transformer & coolant Ó , Ò plasticizer Ó dan dalam
pembuatan kertas tanpa karbon. Pendedahan kepada PCB dan
polybrominated biphenyls ( PBBs) boleh menyebabkan kaguguran
dan kecacatan kelahiran.
Namun begitu simbol pencemaran oleh bahan buangan toksik dan
merbahaya ialah kes Love Canal, di Amerika Syarikat yang telah
membuka mata di seluruh dunia. Buangan toksik telah dilupuskan
dengan menanamnya di sebuah terusan yang tidak digunakan
selama beberapa puluh tahun. Di atas tapak ini seterusnya
dibangunkan sebuah sekolah dan di sekelilingnya juga dibina
beratus- ratus rumah kediaman. Tidak berapa lama kemudian
penduduk mula menghidu bau bahan kimia dan pelbagai penyakit
yang berpunca daripada kimia dialami penduduk tersebut.
Akhirnya Kerajaan membeli kesemua rumah- rumah terlibat dan
memindahkan penduduk ke tempat lain.
Terdapat juga bahan yang disebut sebagai Ô endocrine disruptors Õ
iaitu bahan kimia yang apabila diserap oleh tubuh boleh
mengganggu fungsi hormon dan seterusnya boleh mengakibatkan
pelbagai kesan dan penyakit seperti kesan ke atas sistem kelalian
dan kanser. Ô Endocrine Õ disruptors Ó yang telah dikenalpasti
memberi kesan kepada manusia ialah dioksin, PCBs dan DDT.
Banyak bahan kimia terutama racun makhluk perosak adalah
Ô suspected endocrine disruptors Õ berdasarkan kajian yang terhad
ke atas binatang.
2.4
Kepelbagaian Biologi ( Biodiversity)
Kepelbagaian skala besar disebut kepelbagaian biologi
( biodiversity) adalah penting untuk masa depan planet.
Kepelbagaian biologi atau biod bermaksud kepelbagaian
kehidupan di bumi ini dan kebergantungan mereka kepada satu
yang lain. Perubahan atau kehilangan salah satu komponen boleh
menyebabkan berlakunya impak yang tidak terjangka dan
berbahaya kepada rantaian hidup yang dikenali sebagai ekosistem.
 
210 
jabatan mufti negeri selangor
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 217
 
 
 
211 Kehidupan manusia bergantung kepada biod melalui cara- cara
yang tidak dihargai. Kebanyakan sumber makanan manusia
asalnya diambil dari sumber liar ( wild resources) seperti bijirin dan
perikanan laut. Kebergantungan kita kepada sumber kayu hutan
masih jelas di seluruh dunia di mana sejumlah kecil sahaja
dihasilkan dari hutan ladang. Empat daripada 150 ubat preskripsi
teratas yang digunakan di Amerika Syarikat mempunyai asalnya
daripada bahan semulajadi. Sebagai contoh aspirin pada mulanya
diakstrak daripada kulit pokok willow. Eko- pelancongan juga
mendapat manfaat dari interaksi kita dengan dunia semulajadi.
Terdapat pelbagai bentuk perkhidmatan yang diberi oleh
ekosistem ( ecosystem services). Salah satu contoh ialah
pembersihan air yang berlaku apabila air larian mengalir melalui
ekosistem berkaitan dan tanah lembab. Kewujudan tumbuhan
juga berfungsi sebagai sinki yang efisyen bagi pencemarpencemar udara. Aliran air juga diregulasi oleh tumbuhantumbuhan yang terdapat di hulu limbangan
yang
dapat mengawal pemendapan dan banjir. Dalam jangkamasa
yang panjang, kepelbagaian biologi memainkan peranan penting
menyelenggara perkhidmatan ekosistem yang mengalami masa
naik dan turunnya. Biologi dapat diumpamakan sebagai insurans
kesihatan di mana ekosistem yang mempunyai pelbagai spesis
yang memberi fungsi yang sama mempunyai lebih daya tahan
menghadapi tekanan alam sekitar dan pulih daripada ancaman
dengan lebih cepat.
3.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia dan alam
semesta. Ajaran Islam adalah syumul merangkumi segala aspek kehidupan
manusia menjadikannya satu tatacara hidup ( comprehensive code of life). Ia
memadukan keperluan rohani dan jasmani, kepentingan duniawi dan
ukhrawi. Setiap persoalan hidup diberi panduan dan saranan sama ada
secara detil ataupun dalam bentuk kaedah- kaedah umum supaya tindaktanduk manusia dipimpin ke jalan yang akan memberi manfaat kepadanya
dan alam semesta serta menjauhi kemusnahan dan kemudharatan.
Kesyumulan Islam juga terserlah dengan ajaran- ajarannya yang bukan
sahaja mengatur tatacara hubungan manusia dengan khaliqnya tetapi juga
hubungan di antara manusia sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain.
Islam adalah agama akidah dan syariah. Tujuan utama akidah ialah
memurnikan perhubungan manusia dengan Tuhannya. Di antara tujuan
syariat pula ialah menjaga keturunan, harta dan nyawa manusia.
jabatan mufti negeri selangor
 
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 218
 
 
Pemusnahan dan pencemaran alam sekitar telah terbukti mengancam ketigatiga perkara tersebut di atas.
3.1
Pandangan Islam Terhadap Alam Semesta
Alam sekitar yang mengkagumkan yang mengelilingi kita; hutan
dan tumbuhan yang hijau serta pelbagai warna yang meliputi
sebahagian besar dunia; gunung- ganang yang perkasa yang
terpacak sebagai pasak menunjang ke bumi; lautan yang penuh
mistri yang tidak henti- hentinya memukul ombak ke pantai, tidak
dijadikan dengan sia- sia tanpa tujuan. Bukan saja setiap kejadian
Allah S. W. T. mempunyai peranan masing- masing dalam
hubungan intim yang disebut ekosistem, malah ianya memenuhi
tujuan berikut:
( a)
sebagai ayatullah, atau tanda- tanda kebesaran Alllah S. W. T.,
( b)
sebagai buku ilmu, yang sentiasa bersedia untuk dikaji dan digali rahsia khazanah ilmu Allah S. W. T. yang tidak habishabisnya,
( c)
sebagai hadiah daripada Allah S. W. T. kepada makhluknya untuk dimanfaatkan untuk kesenangan hidup di dunia ini.
Allah S. W. T. telah menciptakan makhluk di alam semesta ini
dengan penuh keseimbangan ( mizan) sama ada dari segi
kuantiti dan kualitinya. Allah S. W. T. berfirman:
Sesungguhnya Kami menjadikan tiap- tiap sesuatu dengan
kadar
( Al- Qamar 54 : 49)
Tiap- tiap sesuatu di sisiNya mempunyai kadar
( Ar- Ra Õ d 13 : 8)
Kami tumuhkan tiap sesuatu dengan ukuran
( Al- Hijr 15 : 19)
Kepelbagaian bentuk dan fungsi makhluk ciptaan Allah S. W. T.
ini sama ada yang bernyawa atau tidak saling lengkapmelengkapi membolekan alam semesta ini memainkan fungsi
yang telah ditetapkan kepadanya dengan penuh tertib sesuai
dengan kehendak Penciptanya.
 
212 
jabatan mufti negeri selangor
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 219
 
 
 
Allah S. W. T. juga telah menciptakan segala- galanya dengan
penuh bijaksana dan dengan tujuan yang tertentu; bukan
dengan sia- sia. Semua makhluk ciptaan Tuhan telah
ditetapkan fungsi masing- masing dan simbiosis di antara yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa melahirkan manfaat dan
kebaikan kepada semua. Allah S. W. T. berfirman:
Bukanlah Kami jadikan langit, bumi dan apa- apa yang di
antara keduanya dengan bermain- main. Tiadalah kami jadikan
keduanya melainkan dengan kebenaran....
( Ad- Dukhan 44 : 38- 39)
3.2
Konsep Islam tentang pembangunan
Pendekatan Islam terhadap usaha membangun dan
memanfaatkan sumber- sumber asli dapat disimpulkan dari nasihat
Sayyidina Ali bin Abi Talib, Khalifah keempat kepada seorang
pengusaha yang telah membangunkan tanah terbiar:
Usahakanlah dengan rasa gembira, asalkan engkau seorang yang
membawa kepada kebaikan bukan kejahatan; yang berniat untuk
membangunkan ladang bukan untuk mendatangkan kemusnahan
( Athar diriwayatkan oleh Yahya ibnu Adam dalam kitab al-
Kharaj)
Salah satu manifestasi ketidaksyukuran manusia kepada Allah
S. W. T.
ialah pembaziran dan pemborosan yang telah mengakibatkan pemusnahan sumber dan penghasilan bahan buangan yang bertambah- tambah kuantitinya setiap tahun.
Hutan tropika yang penuh dengan khazanah yang tidak ternilai diterokai dan dimusnahkan dengan rakusnya melalui eksploitasi yang tidak berteraskan pengurusan
lestari. Habitat untuk hidupan liar juga dimusnahkan bahkan hidupan itu sendiri dibunuh dengan kejam di mana sebahagian daripada badannya akan dijadikan
hiasan.
Inilah sifat syaitan yang sentiasa tidak bersyukur kepada
Tuhannya. Allah S. W. T. berfirman:
Sesungguhnya orang- orang yang membazir itu adalah saudara
syaitan dan syaitan itu amat engkar akan Tuhannya.
( Al- Israk 17 : 27)
 
213 jabatan mufti negeri selangor
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 220
 
 
Islam memahami dan memberi perhatian tentang dualisma sifat
manusia: sifat fizikalnya ( jasmani) dan sifat kejiwaannya ( rohani).
Prinsip pembangunan dalam Islam mengambilkira dualisma ini
untuk mempastikan matlamat terakhir pembangunan fizikal ialah
untuk menghasilkan ketenangan jiwa. Allah S. W. T. telah
menjadikan bumi ini dan seluruh isinya untuk manfaat manusia
dan manusia juga telah diperintahkan oleh Allah S. W. T. untuk
membangunkan bumi ini. Allah S. W. T. berfirman:
Dia yang menciptakan untukmu apa- apa yang di bumi semuanya
( Al- Baqarah 2 : 29)
Dia menjadikan kamu daripada bumi serta memakmurkanmu di
dalamnya
( Hud 11 : 61)
3.3
Manusia sebagai khalifah
Manusia telah dipilih oleh Allah S. W. T. untuk menjadi khalifah di
bumi ini. Allah S. W. T. berfirman:
Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas
bumi
( Al- Baqarah 2 : 30)
Sebagai khalifah manusia telah diberi amanah dengan tugas yang
mulia tetapi amat mencabar iaitu menguruskan dan menegakkan
keamanan dan keadilan ( order) di bumi. Dia harus berhati- hati dan
berwaspada semasa membuat perancangan dan menjalankan
pembangunan sumber- sumber alam agar tidak terjerumus
menjadi golongan pemboros yang dibenci oleh Allah S. W. T. Allah
S. W. T.
berfirman:
Sesungguhnya orang- orang membazir itu adalah saudara syaitan
( Al- Isra Õ 17 : 27)
 
214 
jabatan mufti negeri selangor
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 221
 
 
 
Walaupun manusia telah diberi mandat untuk memakmur dunia ini
dan mengambil manfaat daripada sumber- sumber alamnya, dia
tidak akan mengkhianati amanah tersebut. Pengurusan sumber
alam yang bijak dan teratur akan dilaksanakan dan segala
langkah- langkah akan diambil untuk mempastikan sumbersumber ini tidak akan disalah gunakan hanya untuk mendapatkan
habuan ekonomi jangkamasa pendek. Dunia dan segala isinya
adalah milik semua penghuni dunia merangkumi generasi
sekarang dan akan datang. Khalifah akan memegang teguh
prinsip bahawa tidak ada toleransi dalam penyalahgunaan kuasa
dalam pengurusan sumber alam yang mengakibatkan kerosakan
dan kemusnahan. Allah S. W. T. berfirman:
Dan jangan kamu melakukan kerosakan di bumi
( Al- Baqarah 2 : 11)
3.4
Akauntabiliti
Setiap orang adalah bertanggungjawab ke atas semua tindaktanduknya dan akan dipanggil untuk dihisab di atas
penanggungjawaban ini. Setiap orang dipikulkan dengan sejumlah
tanggungjawab yang sesuai dengan kedudukan dan kuasa
masing- masing. Konsep penanggungjawaban ini jelas dari
maksud sabda Rasulullah S. A. W.
Setiap daripada kamu ialah pengembala, dan setiap daripada
kamu akan disoal tentang gembalaannya.
( Hadis sahih riwayat al- Bukhari)
Islam menggesa umatnya supaya bersifat lembut kepada semua
makhluk lain, menguruskan alam sekitar dengan baik dalam
menunaikan amanah yang telah dipikulkan kepadanya.
Rasulullah S. A. W. mengajar kita supaya menghargai nyawa
makhluk dan menjauhi dari menganiayainya. Rasulullah S. A. W.
bersabda:
Seorang wanita disiksa dan dimasukkan ke neraka kerana seekor
kucing yang dikurung sehingga ia mati kelaparan. Allah S. W. T.
berfirman kepada wanita tersebut: engkau tidak memberi makan
dan minum kepadanya semasa ia dikurung dan engkau tidak
lepaskan dia agar dia mencari makan sendiri di bumi
( Hadis sahih riwayat al- Bukhari)
 
215 jabatan mufti negeri selangor
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 222
 
3.5
Konsep Ibadah
Ibadah dalam Islam amat luas skopnya merangkumi segala tindak
tanduk yang baik yang memberi manfaat kepada manusia dan
makhluk lain serta alam sekelilingnya. Ibadah tidak tertakluk hanya
kepada perbuatan yang mengatur hubungan manusia dengan
Allah S. W. T. sahaja ( ibadah khususiyah - Ò ritual Ó ) tetapi meliputi
perkara- perkara keduniaan ( mundane) yang berguna kepada
kehidupan di dunia ini. Kalaulah Islam mengajar kita membuang
duri dari atas jalan supaya tidak menyakiti orang yang berjalan itu
satu perkara yang mulia apatah lagi bermujahadah melindungi
alam sekeliling kita daripada bala bencana!. Tidakkah usaha murni
menguruskan alam sekitar dan dunia supaya ianya nyaman dan
selamat untuk semua jenis kehidupan satu perbuatan baik ( amal
salih) yang akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah S. W. T.?.
Allah S. W. T. berfirman:
Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah kepadaKu
( Az- Zariyat 51 : 56)
 
 
216 
jabatan mufti negeri selangor
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 223
 
 
4.
KESIMPULAN
Sesungguhnya bagi orang yang pandai berfikir dan dapat merenung dengan
mata hati yang jernih, tidak ada lagi keraguan kepadanya bahawa
keprehatinan kepada penjagaan alam sekitar adalah manifestasi dari iman
yang teguh serta pemahaman yang mendalam tentang ajaran Islam. Malah
ianya adalah sebahagian dari apa yag disebut oleh Rasulullah S. A. W.
sebagai akhlak yang mulia ( makarimul akhlak) untuknya beliau diutus.
Kelangsungan hidup di dunia ini tanpa dilanda bencana dan malapetaka
bergantung kepada pengurusan yang bijak ke atas alam sekitar dan sumbersumbernya. Kehidupan yang sempurna yang membolehkan manusia
beribadah dengan selesa adalah salah satu tujuan agama. Ini tidak dapat
dicapai melainkan dalam keadaan persekitaran yang aman, bersih dan
terkawal. Tugas menjaga alam sekitar ini tidak terlepas dari tuntutan dan
kehendak agama dan menjadi tanggung jawab setiap orang Islam yang
memahami agamanya dan berharap bertemu dengan Tuhannya dengan
keadaan sejahtera.
 
217 jabatan mufti negeri selangor
 
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 224
 
5.
RUJUKAN
Akhtarudin Ahmad. 1997. Islam and the Environmental Crisis. Ta- Ha
Publisher Ltd. London, UK
Aqwan A. R. 1997. Islam and the Environment. Synergy Book International.
Kuala Lumpur, Malaysia
Carson R. 1962. Silent Spring. Houghton Mifflin, USA
Department of Environment, Malaysia. 2004. Malaysia Environmental Quality
Report 2003. Putrajaya. Malaysia
Mahmud Yunus. 1988. Tafsir Qur Õ an Karim. Klang Book Centre. Klang.
Malaysia
Zaini Ujang. 1993. Pencemaran Alam Sekitar Menurut Perspektif I slam. Nurin
Entereprise. Kuala Lumpur
 
218 
jabatan mufti negeri selangor
prosiding 3/ 26/ 05 11: 22 AM Page 225
 
 
 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home